NEW MALAYSIA

NEW MALAYSIA
DISCUSS EVERY NEW TOPIC BOUT MALAYSIAN AND PERHAPS MIGHT CHANGE OUR PERCEPTION ABOUT SOMETHING

Wednesday 3 July 2013

IM4U now at UK

IM4U kini buka Pusat Outreach di UK

MOHAMAD Faiz Ab. Rahman (tengah), Murali Marimuthu (kiri) dan Pengarah Khidmat Korporat iM4U, Azlan Rudy Malik menunjukkan kad keahlian iM4U sempena pelancaran Pusat Outreach iM4U United Kingdom oleh Najib Tun Razak di London, semalam. - BERNAMA
LONDON 2 Julai - Organisasi iM4U yang berkempen untuk menggalakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan belia Malaysia membuka rangkaian antarabangsa pertamanya di luar negara dengan pelancaran Pusat Outreach iM4U United Kingdom di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pusat Outreach itu pada satu majlis di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Templewood Gardens di utara London.
Pusat Outreach iM4U United Kingdom itu diberikan dana awal 10,000 pound sterling (RM50,000) untuk menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam kalangan 15,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di United Kingdom.
Dana itu ditetapkan untuk membiayai 10 aktiviti pertama Pusat Outreach itu dan para pelajar boleh memohon bantuan kewangan untuk tujuan itu melalui Persatuan Pelajar Malaysia di universiti masing-masing atau melalui Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Ireland (UKEC) iaitu pertubuhan induk persatuan-persatuan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland.
"Koloborasi iM4U dan UKEC menubuhkan Pusat Outreach antarabangsa itu akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk para pelajar yang menuntut di United Kingdom mengeratkan silaturahim melalui aktiviti kesukarelaan," kata Pengarah Perkhidmatan Korporat iM4U, Azlan Rudy Malik pada sidang akhbar di sini.
iM4U merancang untuk menubuhkan Pusat Outreach yang sama di negara-negara yang ramai pelajar Malaysia seperti Indonesia, Mesir, Australia dan Amerika Syarikat.
Pengerusi UKEC, Mohamad Faiz Abdul Rahman pula berkata, program iM4U itu seiring dengan jiwa dan keinginan belia khususnya pelajar Malaysia yang menuntut di seberang laut.
Katanya: "Pelancaran Pusat Outreach iM4U itu dapat meluaskan jangkauan iM4U dalam usaha membina masyarakat yang lebih progresif dan menyumbang kepada matlamat utama iaitu pembangunan negara."
iM4U, singkatan kepada 1Malaysia For Youth, diilhamkan oleh Najib untuk belia Malaysia menjalankan aktiviti kesukarelaan dan pembinaan bangsa yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
Program-program iM4U yang meliputi pembangunan belia, keusahawanan sosial, khidmat masyarakat, sukan, kesenian, kebudayaan dan inovasi digerakkan melalui Dana Sukarelawan 1Malaysia (DreIM) sebanyak RM130 juta yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Setakat ini, iM4U telah mempunyai 100,000 orang sukarelawan di seluruh negara. Sejak Januari 2013, iM4U telah memulakan kira-kira 500 aktiviti sukarelawan serta 135 projek melalui rangkaian Pusat Outreach.
Pengarah Acara iM4U, Murali Marimuthu memberitahu, program-program kesukarelaan di Malaysia akan lebih aktif lagi apabila iM4U memperkenalkan aplikasi iM4U melalui telefon pintar dan komputer tablet tidak lama lagi.
SUMBER-UtusanOnline
Congrats Malaysian!!
Proud to be Malaysian!!!!