NEW MALAYSIA

NEW MALAYSIA
DISCUSS EVERY NEW TOPIC BOUT MALAYSIAN AND PERHAPS MIGHT CHANGE OUR PERCEPTION ABOUT SOMETHING

Sunday 2 June 2013

UMNO tubuh makmal kaji BN jadi parti tunggal Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 31 May - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan menubuhkan sebuah makmal bagi mengkaji cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti tunggal.

"Segala keputusan akan diserah pada peringkat makmal dan tinjauan dengan ahli-ahli parti. UMNO begitu dekat dan disayangi oleh ahli justeru ia perlu dihalusi dengan mendalam supaya tidak berlaku ketidak puasan ahli," tegas Najib yang juga Pengerusi BN.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 3 jam setengah di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan oleh berberapa pemimpin parti komponen BN berikutan pengundi tidak lagi mengundi berdasarkan parti berasaskan kaum pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Sementara itu, Najib juga berkata, UMNO telah muncul sebagai parti yang terkuat pada PRU yang lalu.

"Mesyuarat Majlis Tertinggi membincangkan prestasi PRU-13. Ini mesyuarat pertama MT selepas PRU-13. Kesimpulannya bahwa UMNO telah muncul sebagai parti terkuat. Prestasi UMNO bertambah jika dibanding dengan PRU sebelum ini.

"Bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO meningkat daripada 79 kepada 88, dibandingkan pembangkang yang menang 89 kerusi," kata Najib.

Menurutnya, kemenangan kerusi UMNO sebagai parti tunggal menyamai kerusi yang dimenangi pembangkang yang terdiri gabungan 3 parti.



sumber-UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment