NEW MALAYSIA

NEW MALAYSIA
DISCUSS EVERY NEW TOPIC BOUT MALAYSIAN AND PERHAPS MIGHT CHANGE OUR PERCEPTION ABOUT SOMETHING

Monday 3 June 2013

WEB PAGE PUN KENA ADA LESEN..

Malaysia tidak bercadang wajibkan lesen laman web

AHMAD Shabery Cheek (duduk dua kiri) melihat peralatan 'mixing' dalam pembikinan filem ketika melakukan lawatan rasmi ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), di Ulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 3 Jun - Kerajaan belum bercadang menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan pemilik media sosial serta portal berita di negara ini mempunyai lesen sepertimana dilaksanakan oleh Singapura.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dan mencontohi penguatkuasaan yang dilakukan oleh negara jiran itu dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.
Katanya, kerajaan lebih selesa mengkaji terlebih dahulu sejauh mana peraturan itu memberi kesan kepada Singapura dan sama ada pelaksanaannya bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diamalkan di Malaysia.
"Dahulu saya ada sebut bahawa apabila Malaysia tidak buat sebarang sekatan kepada media dalam talian, masih orang kata Malaysia adalah negara yang sekat kebebasan media kerana melihat kononnya ada kawalan. Sekarang lihat Singapura yang dianggap lebih sofistikated (canggih).
"Bagaimanapun, kita tidak terburu-buru mahu melaksanakan peraturan serupa. Kita mahu kaji dahulu sama ada pelaksanaan peraturan itu akan mengekang semua perkara atau hanya sebagai ingatan bahawa kerajaan tidak senang dengan penyalahgunaan media sosial secara berleluasa dalam negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan pertamanya ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 

sumber-utusan online

No comments:

Post a Comment