NEW MALAYSIA

NEW MALAYSIA
DISCUSS EVERY NEW TOPIC BOUT MALAYSIAN AND PERHAPS MIGHT CHANGE OUR PERCEPTION ABOUT SOMETHING

Saturday 20 July 2013

Mesir dan Mursi

'Dialog apa ketika senapang diacukan?'
12:31PM Jul 21 2013 
Perdana menteri sementara Mesir pada Sabtu merayu supaya perpecahan masyarakat ekoran penggulingan presiden Islamis Mohamed Mursi dihentikan dan langkah-langkah tegas mungkin diperlukan baru memulihkan ekonomi.

Tampil tenang dan yakin di saluran televisyen rasmi, Hazem el-Beblaw, ahli ekonomi liberal antarabangsa, menggesa diadakan dialog antara parti politik, dengan menegaskan keselamatan harus dikembalikan di jalan-jalan raya di Mesir selepas beberapa minggu tunjuk perasaan besar, lapor Reuters.

"Mesir lebih penting untuk dunia lebih daripada apa yang kita fikir dan kehendaki untuk diri sendiri. 

"Tahap seterusnya memerlukan lebih keharmonian dan kerukunan," Beblawi dipetik sebagai berkata dalam wawancara panjang.

Ikhwanul Muslimin menyifatkan penggulingan Mursi sebagai rampasan kuasa tentera dan tidak akan berunding selagi Mursi tidak dikembalikan ke tampuk kekuasaan. 

Mereka juga mengadakan bantahan berterusan di Kaherah bagi menuntut perkara itu.

"Bagaimana hendak diadakan dialog ketika muncung senapang dihalakan kepada penunjuk perasaan antirampasan kuasa," kata jurucakap Ikhwan Gehad El-Haddad, sekali gus mengetepikan rayuan Beblawi.

Pasukan tentera yang menahan Mursi di lokasi rahsia pada 3 Julai, menolak desakan supaya pentadbiran lama dikembalikan.

Malah, tentera membentuk kerajaan sementara dengan mengetepikan pihak Islamis. 

Mengangkat sumpah hanya empat hari lali, kabinet itu berdepan tugas memulihkan ekonomi dan menyediakan jalan ke arah pilihan raya dalam tempoh enam bulan.

Presiden baru pada Sabtu mengeluarkan arahan kepada kumpulan pakar supaya memulakan kerja untuk meminda perlembagaan - langkah pertama untuk mengadakan pilihan raya.

SUMBER-MalaysiaKiniBM

No comments:

Post a Comment